Thursday, October 30, 2008

RIYA, UJUB DAN SOMBONG



RIYA', UJUB DAN SOMBONG..
Sifat riya', ujub dan sombong merupakan sifat-sifat yang terkeji menurut kacamata Islam. Sebagai seorang Islam, kita perlu sedaya upaya mengelak daripada mempunyai ketiga-tiga sifat tersebut kerana sifat-sifat tersebut boleh menjadi penghalang terbesar untuk mencapai kesempurnaan. Sifat-sifat tersebut boleh merobah kehidupan manusia dari mulia kepada hina dan dari kuat menjadi lemah. Manusia mudah leka dari mengingati Allah S.W.T. dan merupakan suatu penyakit yang berbahaya yang boleh mengakibatkan bencana bagi sesiapa yang melakukannya.
Riya' merupakan sifat orang-orang munafik dan syirik. Ia amat bertentangan dengan iman dan tauhid. Allah S.W.T. sangat membenci orang yang bersifat riya' dan Allah S.W.T. menjanjikan siksa dan hukuman terhadap orang yang mempunyai sifat ini sebagaimana firman-NYA di dalam Surah al-Ma'un ayat 4 - 7 yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya' dan enggan (menolong dengan) barang berguna". Hakikat riya' itu ialah jika orang yang dalam berbuat ibadat kepada Allah S.W.T. mempunyai kemampuan untuk mendapat kehormatan dan perhargaan daripada manusia. Oleh demikian, riya' boleh kita gambarkan seperti berikut :
1. Bertambah taatnya jika dipuji dan berkurang bahkan ditinggalkannya jika dicela atau diejek.2. Rajin beribadah jika bersama orang lain dan malas melakukannya jika bersendirian.3. Bersedekah jika orang melihatnya, namun tidak berbuat demikian jika tidak dilihat orang.4. Melakukan amal dan berbuat kebajikan bukan kerana Allah, sebaliknya menginginkan sesuatu daripada manusia.
Manakala ujub dan sombong pula diharamkan dan kita disuruh untuk menjauhinya. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-Hadid ayat 14 yang bermaksud : "Dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong, sehingga datanglah ketetapan Allah. Dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (Syaitan) yang amat penipu". Hadith Rasulullah S.A.W. juga ada menyatakan yang bermaksud : "orang yang pintar ialah orang yang merendahkan dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Dan orang bodoh ialah orang yang memperturutkan hawa nafsunya dan mengharapkan kepada Allah dengan berbagai harapan dan angan-angan". Contoh kisah-kisah yang boleh kita ambil iktibar berkenaan sifat-sifat ujub dan sombong ini adalah seperti berikut :
1. Iblis yang sombong dengan dirinya kerana asal kejadian dirinya. Ia berkata : Engkau jadikan aku dari api dan manusia dari tanah. Maka Allah S.W.T. mengusir Iblis dari rahmat-NYA.2. Nabi Sulaiman lalai kepada Allah dan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sulaiman berkata : "aku meniduri seratus orang perempuan dalam semalam. Setiap perempuan akan melahirkan seorang anak yang akan berjihad di jalan Allah". Nabi Sulaiman lalai tidak menyatakan insyaallah. Maka Allah mengharamkan dia untuk memperoleh anak.3. Sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W. merasa bangga dengan banyaknya pasukan pada waktu peperangan Hunain. Mereka berkata : "Hari ini kami tidak akan kalah oleh musuh yang sedikit". Lalu mereka ditimpa kekalahan yang pahit, hingga bumi yang luas itu terasa sempit oleh mereka. Kemudian mereka lari dengan bercerai-cerai.
Di antara bentuk-bentuk sombong adalah seperti berikut :
1. Dalam ilmu. Orang yang bangga dan sombong kerana banyak ilmunya. Hal demikian menyebabkan mereka tidak mahu menambah ilmu dan menganggap rendah atau meremehkan orang lain yang tidak berilmu. Perkara seperti ini cukup untuk membawa malapetaka kepada mereka.2. Dalam harta. Kadang-kadang orang menjadi sombong kerana banyak harta dan kekayaan, lalu ia menghambur-hamburkan kekayaan dan mempersendakan kebenaran hingga ia menjadi binasa akibatnya.3. Dalam kekuatan. Kadang-kadang orang kagum dengan kekuatannya. Lalu menjadi sombong kerana kekuasaannya. Sehingga ia berlaku aniaya dan zalim. Lalu ia bertaruh dan menyabung nyawa. Akhirnya rosak dan binasa.4. Dalam kemuliaan. Kadang-kadang orang kagum dengan kemuliaannya. Dengan menyombongkan keturunan dan asal usulnya. Lalu ia berpangku tangan tidak berusaha mencari ketinggian. Dan ia pun menjadi lemah dalam mencapai kesempurnaan. Akhirnya ia jadi hina sehina-hinanya.5. Dalam beribadah. Kadang-kadang orang kagum dengan amal ibadatnya. Ia menjadi sombong karana banyak ibadatnya. Ini menyebabkan ia meremehkan Tuhannya dan mengecilkan erti pemberian-NYA. Dengan demikian, jatuhlah amal dan celakalah kerana ujub dan kesombongannya.
Cara mengubati penyakit-penyakit seperti ini ialah dengan mengingati dan menyedari bahawa apa yang diberikan Allah S.W.T. yang berupa ilmu, harta, kekuatan atau kemuliaan boleh diambil-NYA kembali jika mengkehendakinya. Amal ibadat seseorang kepada Tuhannya meskipun banyak tidaklah akan dapat mengimbangi nikmat yang diberikan Allah kepada hamba-NYA. Sesungguhnya nikmat Allah tidak boleh diukur dengan sesuatu kerana Allah adalah sumber segala kurniaan dan yang memberi segala kebaikan. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud : "Amal seseorang daripada kamu tidak akan menjadikan dia selamat. Mereka berkata : Termasuk engkau ya Rasulullah?, Ya aku juga. Namun Allah memenuhiku dengan rahmatnya". (Riwayat Bukhari).
geovisit();

12 Pendekatan Memotivasikan Pelajar

Perpatah barat ada berkata, "Tiada siapa yang merancang untuk gagal namun seringkali manusia gagal dalam merancang." Umumnya, ramai pelajar di sekolah rendah dan menegah tidak tahu mebuat persediaan awal apabila mereka berhadapan dengan tahun peperiksaan. Malah ramai pula menyerah nasib dan takdir semata-mata. Mereka seolah-olah menganggap peperiksaan yang bakal ditempuhi itu, hanya peperiksaan biasa yang tiada jaminan masa depan. Namun, hakikat sebenarnya, sebagai manusia, kita seharusnya perlu merancang hidup kita kerana Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan orang itu sendiri mahu dan berusaha mengubahnya. apa yang jelas, kita harus melakukan sesuatu, dan selainnya, kita serahkan kepada Tuhan.
Di sini terdapat (12) dua belas langkah atau pendekatan yang boleh memotivasikan pelajar.
1.Penerangan Yang Jelas.
Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut:
a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting ?
b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan ?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai. .
2. Ganjaran.
Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini dilain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan.
Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar.
3. Tetapkan Matlamat.
Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing.
4. Ambil Berat.
Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru dan pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggung jawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan.
Sentiasa tanya apa matlamat mereka ? Apa perancangan mereka ? Sejauh mana progres mereka ? Apa minat mereka ? Apa kerjaya pilihan mereka ? Dan sebagainya. “Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin terhadap mereka”.
Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah usahakanlah untuk dari semasa ke semasa mengatur sessi perbincangan personal ini dengan semua pelajar.
5. Penglibatan Pelajar.
Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan.
Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan rujukan, mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dan sebagainya.
6. Penuhi Keperluan Pelajar.
Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang idea.
7. Lebihkan Pembelajaran Visual.
Berikan penerangan dalam bentuk yang visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual, gambar, lakaran. Graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka.
8. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi.
Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan.
Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak penting yang penting ialah siapa mereka 10 – 15 tahun yang akan datang. Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas dan sebagainya tidak lain hanya sekadar lakunan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik.
9. Ajarkan Mereka Strategi Dan Teknik.
Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran pelajar bahawa ‘Belajar Itu Mudah’. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibar terpengaruh oleh pendapat orang lain – Misalnya ramai pelajar percaya bahawa ‘Kimia itu susah’.
10. Terima Pelajar Seadanya.
Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk.
Disinilah berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya.
Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka. Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku. Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar.
Anda hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar – sebagai seorang guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru yang paling dibenci. Mana-mana guru yang berada diantara dua kategori ini pasti akan dilupakan. Apa pilihan anda ?
11. Berikan Kata Perangsang
Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas akan ia lazim dalam pemikiran pelajar.
12. Amalkan Prinsip ‘3F’
"3F" iaitu ‘Firm’, ‘Fair’ dam ‘Friendly’ atau Tegas, Saksama, dan Mesra.

Sunday, October 26, 2008

LUASNYA ISLAM

Orang fiqh dan orang hadis nyata berbeza pendekatan dan bentuk kefahaman mereka. Saya ketika berbincang dengan seorang teman menyebut, orang fiqh membincangkan tentang halal dan haram, orang sufi berbincang tentang berguna atau lagho, manakala orang kaunseling pula tentang hati dan perasaan. Semua ada pendekatan masing-masing.Sebagai contoh, barangkali, orang fiqh menyatakan barangsiapa yang meninggalkan perkara sunat, maka tidak mendapat pahala dan juga tidak mendapat dosa. Namun orang sufi pula berkefahaman, meninggalkan perkara sunat adalah rugi dan melakukannya adalah untung. Pernah al-Ayafei berdebat dengan Imam Ahmad. Kata Ahmad, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah kafir, tetapi al-Syafei hanya menyifatkannya sebagai kufur nikmat. Ahmad adalah orang hadis, al-Syafei pula orang fiqh. Lalu Ahmad mengeluarkan seberapa banyak hadis yang menerangkan perkara tersebut, namun al-Syafei hanya mengeluarkan satu sahaja persoalan. “Jika ia dianggap kafir, maka bagaimana ingin kebali kepada Islam?” Ahmad menjawab, ia perlu mengucap. Namun al-Syafei membalas balik, kenapa ia mesti mengucap sedangkan hatinya memang mengakui keesaan Allah dan kerasulan Muhammad, Cuma ia hanya malas mengerjakan solat.Begitulah adanya. Maksudnya, setiap orang ada pendekatan. Apabila A. Samad Said menulis novel Salina, ramai membantah kerana tampaknya ia lucah. Bagi orang biasa, perkataan dan jalan cerita yang kurang senonoh adalah lucah dan lucah adalah kotor dan kotor tidak wajar dipersembahkan. Bagi sasterawan adalah lain. Mungkin benar lucah adalah kotor namun ia harus dipersembahkan demi menggambarkan perasaan dan inti pati. Bukan untuk permainan tetapi untuk realiti. Ramai menentang A.Samad Said namun Prof Zulkifli Muhammad memperjuangkan novel beliau sehingga mendapat pengiktirafan negara.Begitu juga Hamka yang pernah dikritik kerana novel cinta. Saya teringat ketika membaca kisah ulama. Ada ulama sedemikian kerasnya. Berjumpa dengan orang yang tidak bertudung, dimarahinya depan-depan. Baginya, maruah orang tidaklah terlalu penting jika dibandingkan dengan kemuliaan Allah itu sendiri. Namun bagi Hamka, apabila seorang perempuan seksi menyatakan ia berminat dengan Islam yang moderat, Hamka turut menyatakan persetujuannya terhadap Islam yang moderat. Alangkah, jauhnya perbezaan tindakan mereka.Ustaz Elyas atau Paksuli, dalam perbincangan saya dengan belau. Bagi beliau, Islam yang utama, maka janganlah diraikan orang semata-mata untuk menarik perhatian mereka sehingga mengabaikan ajaran Islam. Sebagai contoh, orang yang memakai seluar pendek, jangan diizinkan memasuki pertandingan futsal. Jangan semata-mata meraikan dan cuba menarik mereka, lalu diabaikan ajaran Islam itu sendiri. Namun saya pula lain. Saya lebih memilih pandangan meraikan orang untuk menarik mereka kepada orang yang mencintai Islam, sekaligus menarik mereka kepada ajaran Islam. Ya, ia merupakan pendekatan yang berbeza.Umar ingin membunuh Abu Sufyan, tetapi Ibnu Abbas mempertahankannya. Abu Bakar ingin memerangi Malik bin Nuwairah namun majoriti sahabat besar menolak pandangannya. Apabila Abu Bakar memarahi orang perempuan menyanyi di rumah Nabi, Nabi pula senang mendengar nyanyiannya. Ada sahabat mengembangkan Islam dengan kekayaan, dalam masa yang sama ada yang mengembangkannya dengan syair dan gurindam.Umar juga pernah memarahi Abu Ubaidah yang mula mengenakan pakaian dan tempat tinggal yang mewah ketika berada di Rom, namun Abu Ubaidah sebenarnya ingin menampilkan kekuatan Islam. Abu Dzar mengkritik dasar pemerintahan Saidina Uthman kerana metodenya tidak sesuai dengan sifat zuhud Abu Dzar.Perbezaan kefahaman dan metode, apapun, ia rahmat dan ia berkat. Masing-masing cuba mencari pendekatan yang paling sesuai dan diterima ramai. Jika keras tidak diterima, maka kelembutan digunakan. Jika lagu dianggap meluat, maka bacaan al-Quran didendangkan. Jika ramai memeluk Islam kerana tertegun dengan al-Quran, ada juga memeluk Islam kerana terpegun dengan keindahan seni tarian silat. Ia sangat luas, seluas lautan dan samudera. Terbanglah setinggi mana pun, asalkan cahaya mentari yang engkau cari, bukan malapetaka kilat yang digapai. Berenanglah sejauh mana sekalipun, asalkan engkau pandai berenang.Mungkin Ibn Umar keras, namun Ibn Abbas lembut. Mungkin Khalid seorang pendekar, namun Abdullah bin Rawahah seorang penyajak. Mungkin Abu Dzar seorang pengkritik, namun Umar seorang pemimpin. Mungkin Abdul Rahman bin Auf menggunakan kekayaan untuk dakwah, namun Mus’ab bin Umair meninggalkan kekayaan. Musa AS keras dalam tarbiah, namun Harun meihat dengan pandangan jauh. Pembesar Saba’ cuba mengalahkan Sulaiman dengan peperangan, namun Ratu Saba’ cuba menewaskannya dengan rasuah. Tengok, masing-masing ada cara tersendiri.

sejarah ringkas pergerakan yahudi

SEJARAH RINGKAS
PERGERAKAN YAHUDI
MENJELANG PENUBUHAN ISRAEL
OLEH : HAJI HANAFI RAHMAN EL FESFANJI
KEMASUKAN YAHUDI KE TURKI DAN KEKACAUAN-KEKACAUAN

Untuk membangunkan Istanbul, bandar yang baru untuk di majukan, Sultan Sulaiman al Qanuni (926H/1520M- ?/1566M) telah membawa masuk Yahudi dari Teluk balkan untuk menjadi buruh-buruh kasar di Istanbul.
Sebelum ini , khalifah-khalifah uthmaniyyah yang terdahulu telah menyelamatkan mereka dari di bunuh oleh Pemerintah Kristian di Sepanyol dengan membantu mereka masuk ke Bulgaria dan menyediakan kehidupan yang selamat untuk mereka. Dengan gaji yang murah, mereka sanggup menjadi buruh-buruh kasar di Istanbul dan mentaati kerajaan Uthmaniyyah.
Dua ratus tahun sebelum Uthmaniyyah di gelar orang tua sakit Eropah, sebahagian mereka telah dapat menjawat jawatan penting dalam pentadbiran termasuk dalam ketenteraan , manakala sebahagian yang lain pula menjadi taukeh-taukeh yang memiliki gedung perniagaan yang besar .
Setelah kedudukan mereka kuat dan teguh, mereka telah mendesak Uthmaniyyah agar memberikan Palestin kepada mereka, bersama seruan Yahudi yang bersifat global untuk menubuhkan Negara mereka yang merdeka di Palestin.
Pada tahun 1840, sebagai suatu kesedaran baru di kalangan orang-orang Yahudi berikutan kejayaan mereka dalam perancangan colonial yang sedang berlaku di sebahagian besar Dunia Islam.
Dari sini, maka seruan untuk kembali ke Palestin mewujudkan Negara Yahudi merdeka yang berasingan dari Negara-negara penjajah lain telah di laung-laungkan oleh Perdana Menteri British (1840) Frankrut BilMereston . pada tahun 1897, sebuah organisasi yang di bernama zionisme telah ditubuhkan di Swaziland untuk tujuan-tujuan tersebut.
Bermula dari tarikh tersebut,golongan yahudi di Turki telah menjadi sebahagian dari tulang belakang yang bergerak aktif untuk mencapai impian tersebut. Beberapa usaha telah di jalankan oleh golongan Yahudi di Turki termasuk menyogokkan kepada khalifah-khalifah Uthmaniyyah rasuah politik.
Sultan Abdul Hameed II (1876-1909) telah mendedahkan bagaimana ia telah di tawarkan dengan wang pound yang banyak dan beberapa kereta mewah supaya memberikan tanah di Palastin kepada orang-orang Yahudi. Melalui pakatan Yahudi, apabila Sultan Abdul Hameed menolak tawaran tersebut, beliau telah di lucutkan jawatan khalifah dan demikianlah mereka lakukan kepada khalifah-khalifah lain sehingga kerajaan tersebut jatuh dalam Perang Dunia Ke Dua
Dalam masa yang sama, British yang mana pekerja-pekerjanya adalah merupakan Yahudi Eropah yang beerasal dari luar Turki juga turut menjalankan dasar melemahkan pemerintahan Uthmaniyyah dengan cara menghasut pemimpin-pemimpin di wilayah Uthmaniyyah supaya bangkit secara bersenjata menentang Uthmaniyyah.
Mereka telah menjanjikan untuk membekalkan senjata kepada pemberontakan as Sanusiyyah di Afrika, Sharef Hussain Ibn Ali di Hijjaz(1856-1931), gerakan al Wahhabiyyah di Saudi-Iraq dan sebagainya.
PALESTIN DI BAWAH NAUNGAN BRITISH
Berikutan lenyapnya Uthmaniyyah dari muka bumi ini , super power yang di geruni selama lima ratus tahun, pihak bersekutu telah menubuh suatu organisasi politik yang di namakan League of nations bertujuan untuk mengelakkan peperangan. Ini kerana desakan penduduk Eropah yang terpaksa menanggung kerugian nyawa yang banyak akibat harga perang yang sangat mahal.
Selepas Perang Dunia Pertama, banyak negeri –negeri bekas wilayah Uthmaniyyah yang telah lama bergelar Orang Tua Sakit Di Eropah telah di serahkan kepada British , termasuklah Palestin telah di serahkan di bawah Naungan British,
Suatu polisi yang melarang penduduk palastin mengekport hasil mahsul mereka sebagaimana yang telah berjalan lama sebelum perang telah di perkenalkan. Ini menyebabkan Palastin mengalami krisis ekonomi yang teruk.
Sebagai usaha memulihkan keadaan tersebut, British telah menggalakan penduduk-penduduk tempatan supaya menjual sebahagian tanah-tanah yang mereka miliki. Ekoran dari Muktamar Yahudi Antarabangsa ke 5, Jewish National Fund telah di daftar sebagai suatu badan kewangan yang di lindungi British untuk tujuan membiayai pembelian tanah-tanah Palestin.
Apabila rancangan jahat yang terselindung di sebalik memperkemaskan ekonomi Palastin ini ke sedari oleh Ulama-Ulama, seorang pemimpin mereka, al Qadhi Mohamad Amen al Husaini telah mengeluarkan fatwa mengharamkan kepada penduduk Palastin dari menjual tanah kepada orang-orang Yahudi.
Dengan menyatakan sebab pengharaman tersebut adalah kerana orang-orang yahudi yang membeli tanah adalah bertujuan untuk merampas Palastin daripada menjadi hak milik orang-orang Islam. Namun begitu, Yahudi telah berjaya mempengaruhi segelintir masyarakat Islam Palastin supaya memperlekehkan fatwa tersebut. Akhirnya fatwa tersebut tidak di endahkan, al Qahdi Mohamad Amen al Husaini di pecat dari jawatan tersebut dan telah mati di bunuh oleh orang-orang Yahudi dalam satu pertempuran
Dalam kemelesetan Ekonomi akibat inflasi yang teruk melanda dunia selepas Perang Dunia Pertama , Perdana Menteri British, Winston Churchill (1874-1960) telah memujuk ahli-ahli perniagaan yang kaya raya agar membiayai perang tersebut. Ahli-ahli perniagaan Yahudi telah bersetuju untuk membiayai perang dengan syarat , sebagai bayarannya, pihak British perlulah menyediakan satu negara yang sah untuk orang-orang yahudi di Palestin. Permintaan ini tidak sulit bagi British untuk di tunaikan kerana tanah tersebut adalah naungannya.
SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
Selepas Perang dunia kedua, British telah memperolehi kemenangan besar menentang musuh-musuhnya. Maka hutang perang di tuntut supaya di lunaskan, tibalah masanya untk mewujudkan Negara Israel. League of Nations telah buburkan kerana kegagalannya dan digantikan United nations yang telah di tubuhkan pada awal 1948 . Usaha-usaha seterusnya di pergiatkan sehingga tertubuhnya Israel beberapa bulan selepas itu pada tahun yang sama

Tuesday, October 21, 2008

KEM BESTARI SOLAT 2008

Assalamualaikum.

Kem Bestari Solat Akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 25 0kt 2008 (Sabtu )Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 pagi

Tempat : Surau , SK paguokon
Peserta : Semua murid Tahun 1 dan Tahun 2
Kehadiran : wajib

Monday, October 20, 2008

Sunday, October 19, 2008

KALENDAR 2009

KUALA LUMPUR 24 Sept. — Sesi persekolahan untuk tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah pada hari berikutnya. (5 Januari 2009)
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran mengenai kalendar persekolahan tahun depan, penggal pertama bagi sekolah-sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah dari 13 Mac hingga 21 Mac, cuti pertengahan tahun dari 29 Mei hingga 13 Jun, cuti penggal kedua 21 Ogos hingga 29 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2010.
Bagi negeri-negeri lain, (Termasuk Sarawak)
Cuti Penggal Pertama bermula 14 Mac hingga 22 Mac
Cuti Pertengahan Tahun 30 Mei hingga 14 Jun
Cuti Penggal Kedua 22 Ogos hingga 30 Ogos
Cuti Akhir Tahun dari 21 Nov hingga 3 Jan 2010.
Menurut kementerian itu, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah sebanyak 208 hari.

ZAKAT SIMPANAN

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram)::Dalil Wajib Zakat::"Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."Kaedah Kiraan Zakat Wang SimpananSimpanan TetapApabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.Simpanan BiasaIanya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut.Simpanan Dalam Satu AkaunJika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.Simpanan Dalam Beberapa AkaunJika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.


:: ZAKAT FITRAH ::
KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAHKaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"- Riwayat MuslimKADAR FITRAHKadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.WAKTU MENGELUARKAN FITRAHWaktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:1. Waktu wajibApabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.2. Waktu yang paling afdhalSebelum sembahyang Hari Raya3. Waktu sunatSepanjang bulan Ramadhan4. Waktu makruhSelepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal5. Waktu haramSelepas terbenam matahari satu Syawal

FIDYAH

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya. Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerasa puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.Contoh : Di Lembaga Zakat Selangor (MAIS), menerima pembayaran fidyah secara wang tunai dan akan mengagihkan bayaran tersebut kepada fakir dan miskin dalam bentuk beras kepada mereka. Ia perlu dilakukan sebelum 1 Syawal setiap tahun.Oleh kerana MAIS perlu melakukan proses pembelian beras dan pengagihan, diharapkan pembayar tidak membuat bayaran fidyah di saat-saat akhir seperti di penghujung bulan Ramadhan kerana proses agihan memerlukan waktu untuk mengagihkannya. Contohnya bayaran pada akhir Ramadhan adalah mustahil untuk LZS (MAIS) menyerahkan beras kepada fakir dan miskin sebelum 1 Syawal tahun tersebut