Monday, November 3, 2008

AIR ASAS KEHIDUPAN

Semua benda hidup iaitu manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan terdiri daripada sel, samada unisel seperti ameba ataupun multisel seperti manusia. Sel pula terdiri daripada nukleus, sitoplasma dan membran/dinding sel. 75% kandungan sel (sitoplasma) adalah terdiri daripada air. Oleh yang demikian, para saintis membuat kesimpulan, bagi sesuatu benda hidup itu hidup maka ia memerlukan air.Para ahli astronomi pula akan memastikan terlebih dahulu kewujudan air di satu-satu planet bagi membuktikan bahawa wujudnya kehidupan (benda hidup) di planet tersebut. Jika di sana ada air, maka besar kemungkinan ada benda hidup di situ.Kesimpulannya, air merupakan perkara asas kepada benda hidup. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah Taala kepada RasulNya Muhammad s.a.w di dalam Al- Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Firman Allah Taala yang bermaksud:-"Dan dari air, Kami jadikan semua benda hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga mahu beriman?" (Surah Al-Anbiya: 30)Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w mengetahui hakikat tersebut sedangkan saiz setiap satu sel tidak lebih daripada 0.00001mm dan para saintis pula hanya mencipta mikroskop pada awal kurun ke-18? Ini membuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w benar-benar seorang Rasul yang diutus oleh Allah s.w.t dan Al-Quran pula benar-benar merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Baginda s.a.w. Ia juga membuktikan kepada kita bahawa segala benda hidup diciptakan oleh Pencipta yang sama (Allah), kerana asas kejadian semua benda hidup adalah sama iaitu AIR, sekaligus memberitahu kita sesungguhnya Allah Maha Esa dan tiada tuhan melainkan Allah. Maka mengapakah masih ada juga yang tidak mahu beriman?

No comments: