Monday, November 3, 2008

HIJAU YANG KAMI KELUARKAN PULA DARIPADANYA BUAH-BUAHAN YANG BERGUGUSAN

“Lantas Kami Keluarkan Daripadanya [Bahan] Hijau Yang Kami Keluarkan Pula Daripadanya Buah-buah Yang Bergugusan”(Diterjemahkan dari buku Bukti-bukti Rasul saw dan Mukjizat-mukjizat Baginda)
Gambar ilustrasi ujikaji yang dilakukan oleh Priestley[1] pada tahun 1774 tentang pokok ‘memperbaiki’ udara yang telah ‘dirosakkan’ oleh pembakaran dan pernafasan. Dalam uji kaji tersebut lilin dapat terus menyala dan begitu juga tikus dapat terus hidup di dalam balang yang diletakkan pokok di dalamnya. Pemerhatian ini telah menghasilkan kesimpulan bahawa udara yang dikeluarkan oleh tumbuhan merupakan udara yang diperlukan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas, dan udara tersebut membantu pembakaran. Uji kaji ini adalah pengenalan awal kepada gas yang dikenali sebagai Oksigen.
Pada tahun 1804M, De Saussure[2] telah menyebarkan bahawa di sana terdapat dua bentuk pertukaran gas, salah satunya di dalam terang manakala satu lagi di dalam gelap, dan juzuk-juzuk hijaulah yang menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen di dalam terang. Dan penemuan-penemuan yang silih berganti berterusan di dalam bidang ini.(*)Dan pada tahun 1845, Mayer[3] berkata: Bahawa sumber asli bagi tenaga yang digunakan oleh setiap dari tumbuhan dan haiwan adalah Matahari, dan tenaga cahaya apabila ia diserap pada tumbuh-tumbuhan bertukar kepada tenaga kimia melalui cara Fotosintesis.(*)
Julius Robert von Mayer
Muka hadapan tesis de Saussure yang ditulis pada tahun 1804.Glass[4] (1961M)[5] berkata; bahawa bahan yang paling penting di dalam pengubahan tenaga cahaya kepada tenaga kimia di dalam tumbuh-tumbuhan adalah pigmen-pigmen yang terdapat di dalam ‘plastid-plastid hijau’ atau pembawa-pembawa pigmen tersebut.(*)Tumbuh-tumbuhan memulakan proses fotosintesis melalui bahan-bahan dan kandungan-kandungan ini. Dan dari itu semua akan terhasil karbohidrat yang masuk di dalam proses-proses kehidupan kompleks yang terhasil darinya pembinaan bahan-bahan asas dinding sel, asid amino, protein, lemak, hormon-hormon tumbuhan, pigmen-pigmen … dan seterusnya. Bahan-bahan ini adalah [bahan] asas pembentukan seluruh bahagian-bahagian tumbuhan yang dimakan oleh manusia dan haiwan.
Gambar 3(*)Tumbuhan melakukan proses istifadah dari tenaga cahaya dan menukarkannya kepada tenaga kimia di dalam bahagian yang dinamakan fosforus cahaya (thylakoid) di dalam chlorophyll, di dalam plastid hijau, dan menghasilkan tenaga kimia dalam bentuk ATP dan NADPH[6] yang digunakan oleh tumbuhan di dalam proses yang dinamakan kitaran Calvin-Benson[7] , dan terhasil daripadanya Karbohidrat (gula) yang tidak dihancurkan atau diringkaskan seringkas-ringkasnya, akan tetapi ia digunakan sebagai asas di dalam pembinaan bahan-bahan sel yang lain, di samping ia masuk ke dalam proses respirasi tumbuhan dan ini menyebabkan secara langsung kepada pembinaan bahan-bahan asas dinding sel, asid amino, protein, lemak, hormon-hormon tumbuhan, pigmen-pigmen … dan seterusnya,
Gambar 2(*)
Proses tersebut boleh diringkaskan dengan formula berikut:
Bentuk-bentuk Ie’jaz:Sesungguhnya saintis-saintis yang mengkaji di dalam bidang fisiologi tumbuh-tumbuhan telah menemui bahawa bahan hijau الخضر ialah yang melakukan penyerapan tenaga cahaya dan pengubahannya kepada tenaga kimia yang dihasilkan daripadanya pembentukan buah-buahan yang pelbagai.
Penemuan ini adalah setelah kajian yang berterusan dan ujikaji yang beraneka, yang mengambil masa tiga kurun, menganjur sehingga kurun ke-20.Sesungguhnya proses dalam pembentukan biji-bijian, buah-buahan dan pokok-pokok merupakan satu rahsia yang tidak diketahui, tersembunyi di dasar thylakoids dalam plastid hijau yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, saintis-saintis botani mengetahuinya setelah rangkaian yang panjang dari kajian dan penyelidikan yang berterusan, yang dikerahkan saintis-saintis sepanjang beberapa kurun untuknya.Dan setelah tersedia pada mereka kaedah-kaedah kajian saintifik yang canggih, mereka mengakui di akhirnya: bahawa para tumbuh-tumbuhan ada bahan hijau, bahan hijau ini mengeluarkan karbohidrat yang merupakan asas bagi pembentukan semua bahan-bahan yang membentuk buah-buahan, pokok-pokok dan tanam-tanaman.Inilah yang diperakui oleh Al-Quran Al-Karim sebelum seribu empat ratus tahun, di atas lidah seorang Nabi yang buta huruf, hidup dalam suasana pasang pasir, di tengah bangsa yang buta huruf, pada zaman yang tidak diperoleh padanya alat-alat kajian saintifik.Sememangnya ayat yang mulia itu boleh mengabaikan sebutan tentang bahan hijau, dan tidak seorang pun akan menentang pengabaian tersebut kecuali orang yang tahu peranan asas bahan tersebut, manakala penyebutnya pula menunjukkan kepada pengetahuan orang yang berkata-kata bahawa ia adalah pemilik peranan utama di dalam pembentukan dan penghasilan biji-bijian, buah-buahan serta seluruh pokok-pokok dan tanaman-tanaman.Dan dari keagungan Al-Quran ia menyebut hakikat tersebut dan membawa tangan manusia untuk berdiri di awal jalan, bagi sesiapa yang ingin mengetahui rahsia tersebut, lalu ia berkata: “Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya.”. Ia mengarahkan pandangan kepada permulaan pembentukan buah-buah dan hubungannya dengan masak; yang terhenti padanya penghasilan buah-buah, dengan sebab daun-daun sebahagian pokok mula menguning dan sel-selnya mati.Siapakah yang mengajarkan Muhammad  hakikat ini? Sedangkan Baginda adalah Nabi buta huruf yang tinggal di tengah suasana buta huruf, dan pada zaman yang tidak terdapat walau seringkas-ringkas peralatan, apatah lagi memiliki apa yang diperlukan untuk mengetahui fakta-fakta ini, yang terdiri dari peralatan yang moden, pusat-pusat dan makmal-makmal kajian di dalam bidang fisiologi tumbuhan.Sesungguhnya perangkuman Al-Quran terhadap maklumat-maklumat tumbuhan yang terperinci ini menyaksikan bahawa ia adalah dari sisi Allah yang berfirman:
{لَكِنْ اللَّهُ يَشْهَدُ بِمَا أَنزَلَ إِلَيْكَ أَنزَلَهُ بِعِلْمِهِ وَالْمَلاَئِكَةُ يَشْهَدُونَ وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا}[maksudnya]: {(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini). } [ An-Nisa’ : 166 ]
____________________[1] Joseph Priestley; ahli kimia berbangsa Inggeris yang memisahkan dan menggambarkan beberapa jenis gas, termasuk oksigen. Beliau dianggap perintis di dalam kimia moden kerana sumbangan beliau di dalam uji kaji. Beliau lahir pada 13 Mac 1733, di Birstall Fieldhead, berdekatan Leeds, Yorkshire [sekarang West Yorkshire], England, dan mati pada 6 Februari 1804, di Northumberland, Pennsylvania, U.S.[2]Nicolas-Théodore de Saussure; Ahli kimia dan fisiologi tumbuhan berbangsa Switzerland yang kajian kuantiti kesan air, udara., dan nutrien terhadap tumbuhan, telah meletakkan asas bagi photochemistry. (lahir Okobert. 14, 1767, Geneva, Switz dan mati pada April 18, 1845, Geneva )(*) Discoveries in oxygenic photosynthesis oleh Govindjee dan David Krogmann, Photosynthesis Research 80: 15–57, 2004. © 2004 Kluwer Academic Publishers. Printed in the Netherlands.[3]Julius Robert von Mayer (1814-1878), ahli fizik Jerman, dikenali kerana kerja awalnya di dalam penstabilan persamaan mekanika kepanasan. Mayer dilahirkan di Heilbronn dan mempelajari perubatan di University of Tübingen. [4]Hiram Bentley Glass dilahirkan di China pada Jan. 17, 1906. Mati kerana radang paru-paru pada Jan. 16 2005 di sebuah hospital di Boulder, Colorado. Beliau merupakan seorang pakar Biologi dan Genetik yang terkenal.[5]A Symposium on Light and Life, Author: William D. McElroy and Bentley Glass (eds.). Published by Baltimore: Johns Hopkins Press, 1961(*) http://micro.magnet.fsu.edu/primer/java/photosynthesis[6]ATP (adenosine triphosphate) dan NADPH (nicotinamide adenine dinucleotide phosphate) yang kedua-duanya merupakan tenaga kimia yang terhasil daripada tenaga cahaya yang telah diperangkap oleh chloroplast daripada sinaran cahaya Matahari. ATP dan NADPH dianggap sebagai ‘minyak’ bagi semua benda yang bernyawa dan tumbuhan menggunakan kedua-duanya di dalam proses menyatukan atom-atom karbon dioksida dengan hidrogen dan bagi membentuk karbohidrat.[7]Kitaran Calvin-Benson yang berlaku di dalam stroma, diambil sempena nama Melvin Calvin yang telah menemui proses kitaran ATP dan NADPH berdasarkan kepada keadaan siang dan malam yang dilalui oleh tumbuhan. Dengan menggunakan Karbon-14, beliau (dibantu oleh Andrew Benson dan James Bassham) telah berjaya mengesan aturan tindak balas kimia yang dihasilkan oleh tumbuhan di dalam menukarkan karbon dioksida dan air kepada oksigen dan karbohidrat. Kajian yang dilakukan pada akhir 1940an dan 1950an ini, telah menyebabkan Melvin Calvin dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kimia 1961.(*) http://www.emc.maricopa.edu/faculty/farabee/BIOBK/BioBookPS.html

No comments: